Nie kali kedua lah nampaknya aku post utk harinie. Haih Ya Allah, sesungguhnya hamba amat merindui zaman kanak kanak hamba. Tidak ada masalah yg perlu difikirkan. Bah kan tidak perlu berfikir panjang dalam membuat keputusan.
Menginjak alam dewasa sebenarnya mengajar aku jadi lebih matang. Tetapi ada ketikanya aku tak sanggup lg nak teruskan. Masalah dtg satu persatu. Kadang kadang aku rasa hidup ini tidak adil. Tp mujur saja aku masih waras utk terus meminta pertolongan dariNya Maha Suci Ilahi.
Ada masanya, aku rasa menyesal mendaftar di tempat pengajian ku. Mungkin kerana aku tidak suka bergaul dgn mereka. Aku merasakan cara pemikiran mereka tidak sama dgn cara pemikiran aku, produk keluaran kilang penuh. Tahlah. Mungkin aku saja berfikiran begitu. Tetapi bila aku bertanya kepada kawan kawan ku yg lama, mereka juga berkata sedemikian. "Kita tak sama dengan produk keluaran kilang biasa"
Sejujurnya, aku tidak mahu dipengaruhi dengan cara pemikiran cetek mereka. Sifat mereka yg terlalu menjunam itu membuatkan aku takut utk terus maju.
Ya allah, sesungguhnya aku tahu aku adalah hambamu yg lemah dan aku tak sanggup lg sekiranya ditimpa sebarang ujian. Tetapi jika di sebalik semua ini ada hikmahnya, aku redha ya allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui :')
No comments:
Post a Comment